Thursday 12 January 2012

Watak Jai Dan Zikir Bawa Tuah Kepada Adi Putra



Bersandarkan dua watak yang menjadi kegilaan peminat hiburan tempatan, Jai dan Zikir, nama Adi Putra tercalon dalam dua kategori di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25.

Pelakon itu dicalonkan dalam kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dan Pelakon Drama Lelaki Popular.

“Syukur Alhamdulillah apabila filem KL Gangster dan drama Tentang Dhia telah memberikan satu impak yang besar untuk saya tahun ini. Fenomenanya cukup besar dan penerimaan peminat filem dan drama juga cukup hebat. Apabila jalan cerita yang baik dan dekat dengan penonton telah membuatkan beberapa pelakon filem dan drama itu tercalon pada tahun ini.” jelas hero kepada Nora Danish dalam drama Tentang Dhia.

Dalam kategori Pelakon Filem Lelaki Popular, Adi Putra turut tercalon bersama dua lagi pelakon filem KL Gangster iaitu Aaron Aziz dan Syamsul Yusof.

Sementara dalam kategori Pelakon Drama Lelaki Popular, Adi akan bersaing dengan Aaron Aziz, Fauzi Nawawi, Fizz Fairuz dan pemenang tahun lalu, Remy Ishak.

Menilik peluang artis yang bakal memenangi kategori utama, Bintang Paling Popular, Adi akui agak sukar untuknya membuat pilihan.

“Kalau dua tahun lalu pengaruh Shaheizy Sam cukup besar, namun untuk tahun 2011 agak sukar untuk diramal kerana peluang sama rata diperolehi oleh setiap artis. Bukan mahu menidakkan pengaruh sebahagian artis yang menjadi kegemaran peminat, tetapi saya melihat pada tahun ini terlalu banyak drama dan filem yang telah mencetuskan fenomena. Untuk itu saya rasakan peluang adalah sama rata.” ujar pelakon itu yang hadir dengan fesyen rambut terbarunya dalam filem prekuel KL Gangster.

Anugerah Bintang Popular bakal berlangsung pada 8 April depan di Genting Highlands.

Wednesday 11 January 2012

Safee sambung kontrak jika ISL jamin tak jejas karier


Penyerang Harimau Malaya, Mohd Safee Sali dijangka menyambung kontrak bersama kelab Pelita Jaya FC jika kelab Liga Super Indonesia (ISL) itu boleh memberi jaminan kariernya bersama pasukan kebangsaan tidak terjejas.

Menurut pengurus pemain berusia 28 tahun itu, Zakaria Abd Rahim hingga kini perbincangan mengenai tawaran kontrak baru Safee yang tamat 31 Januari ini masih dijalankan dan hanya akan diputuskan apabila beliau mengadakan pertemuan sekali lagi dengan pihak pengurusan Pelita Jaya pada 22 Januari ini.


“Keputusan kontrak baru belum dibuat, setakat ini kami hanya mengadakan perbincangan mengenai tawaran mereka dan kemahuan Safee. “Segala perkara perlu diambil kira, termasuk permasalahan yang melanda PSSI (Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia) dan pihak kelab sedar Safee amat mengutamakan pasukan kebangsaan.

“Sememangnya Pelita Jaya berminat mengekalkan Safee tapi terpulang kepada kelab itu meyakinkan Safee dari semua aspek termasuk perjalanan liga, tempoh kontrak dan juga bayaran. “Soal masa semakin suntuk tidak timbul kerana Safee juga menerima tawaran lain termasuk yang terbaru, kelab dari Thailand,” katanya ketika dihubungi Arena Metro semalam.


Kebimbangan terhadap kedudukan Safee yang berhijrah ke Pelita Jaya, awal tahun lalu mula tercetus apabila PSSI menerusi Ketua Umumnya Djohar Arifin membuat keputusan drastik mengharamkan ISL sebaliknya mengiktiraf liga haram sebelum ini, Liga Premier Indonesia (IPL) sebagai liga utama.


Jika dikenakan tindakan oleh PSSI serta badan induk antarabangsa Fifa, pemain yang beraksi dalam ISL tidak akan dibenarkan menyarung jersi kebangsaan termasuk Safee.


Bagaimanapun Zakaria tetap menegaskan ISL masih berjalan seperti biasa dan Safee masih bebas daripada sebarang penggantungan.


“Safee masih fokus bermain dengan Pelita Jaya dan liga berjalan seperti biasa, tidak ada sebarang penggantungan. Bagaimana mereka nak gantung jika dua pertiga ahli PSSI tidak setuju. Jika masa depan Safee kabur di sana, saya orang pertama untuk tarik dia keluar,” katanya.

Safee yang dilantik sebagai kapten Pelita Jaya bagi musim ini sudah meledak empat gol dalam enam perlawanan untuk membantu kelabnya melonjak ke tangga kesembilan daripada 18 pasukan.

Top 5 untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011




Berikut Top 5 untuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011:

Penyampai Radio Wanita: Fara Fauzana, Linda Onn, Sharifah Shahirah, Raja Azura & Abby Fana
Penyampai Radio Lelaki: Aznil Nawawi, Faizal Ismail, AG, Halim Othman & Khairil Rashid

Pengacara TV Wanita: Fara Fauzana, Cheryl Samad, Sharifah Shahirah, Raja Azura & Nurul Syuhada
Pengacara TV Lelaki: Aznil Nawawi, Faizal Ismail, Awal Ashaari, Zizan Raja Lawak & Ally Iskandar

Pelakon TV Wanita: Fasha Sandha, Scha Al-Yahya, Nora Danish, Tiz Zaqyah & Rozita Che Wan
Pelakon TV Lelaki: Aaron Aziz, Adi Putra, Fizz Fairuz, Remy Ishak & Fauzi Nawawi

Penyanyi Wanita: Alyah, Najwa Latif, Shila Amzah, Stacy & Yuna
Penyanyi Lelaki: Faizal Tahir, Anuar Zain, Aizat, Hafiz & Black

Artis Komedi Wanita: Enot, Didie Alias, Kenchana Dewi, Noorkhiriah & Sharifah Shahira
Artis Komedi Lelaki: Zizan Raja Lawak, Johan Raja Lawak, Afdlin Shauki, Along & Nabil Raja Lawak

Pelakon Filem Wanita: Diana Danielle, Eja, Lisa Surihani, Maya Karin & Yana Samsudin
Pelakon Filem Lelaki: Aaron Aziz, Adi Putra, Bront Palarae, Shaheizy Sam & Syamsul Yusof

Artis Baru Wanita: Izara Aishah, Najwa Latif, Neelofa, Nur Fathia & Tasha Shilla
Artis Baru Lelaki: Aeril Zafrel, Awi Rafael, Beto Khusyairy, Hazama & Johan Asari

Artis Duo/Kumpulan: 6ixth Sense, Bunkface, Forteen, 3 Suara & MUH/Hazama

Tuesday 10 January 2012

Penulis Ombak Rindu, Fauziah Ashari Sudah Dapat RM219,845.09



Nampaknya kontroversi filem Ombak Rindu masih tidak berpenghujung. Semakin rancak jumlah kutipan yang diperolehi filem ini, semakin rancak juga penulis novel ini, Fauziah Ashari, mengeluarkan kenyataan pedas. Semuanya gara-gara rasa tidak puas hati.

Selepas berterus-terang kecewa dengan garapan Osman Ali, si penulis muncul dengan kenyataan baru. Dalam laporan sebuah akhbar Rabu lalu, Fauziah mengatakan dia kecewa kerana tidak mendapat bayaran setimpal.  Dakwa Fauziah, bayaran yang diterimanya sangat sedikit. Hanya cukup untuk tambang ulang-alik dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur. Bukan itu, Fauziah juga seolah-olah menyalahkan pihak penerbit, Alaf 21, kerana berpendapat perjanjian atau kontrak yang ditandatangani ‘memakan diri’ penulis atau berat sebelah.

Hari ini satu sidang media telah diadakan oleh pihak Alaf 21 bagi menjawab tuduhan yang dilemparkan oleh penulis novel  bersuara lantang itu. Jelas Pengarah Urusan Alaf 21, Dato’ Hussamuddin Hj. Yaakob, Fauziah sebenar tidak faham dengan perjanjian yang telah ditandatangani. Jelas Hussamuddin, pihaknya tampil membuat kenyataan kerana tidak mahu pihak luar mempunyai persepsi negatif terhadap Alaf 21.

“Ingin saya tegaskan di sini bahawa kami adalah penerbit novel tersebut. Oleh itu, kami sama sekali tidak terlibat dengan pembikinan filem. Kalau Fauziah rasa kami ada mengaut keuntungan daripada penerbitan filem ini, dia silap. Kami hanya menerima bayaran berjumlah RM4,000 daripada Tarantella Pictures dan 40 peratus  (RM1,600) daripada bayaran itu telah diserahkan kepada Fauziah.  Memang kami tidak letakkan harga yang tinggi kepada produksi filem kerana kami percaya jika filem ini mendapat sambutan hangat, ia pasti membantu penjualan novel juga.

Untuk makluman semua, setakat hari ini Fauziah telah menerima bayaran royalti sebanyak RM291,845.09, dan seandainya cetakan terbaru berjumlah 40,000 naskah habis dijual, dia akan menerima sebanyak RM50,000 lagi. Jadi, mengapa harus Fauziah berasa tidak puas hati?

Sebagai penerbit novel, kami juga mengharapkan keuntungan daripada penjualan novel. Bukan daripada filem. Fauziah seharusnya faham dengan perjanjian yang telah ditandatangani sebelum ini. Sebagai penerbit, Alaf 21 punya hak untuk uruskan naskah novel sekiranya ia mahu diadaptasi ke pementasan teater, filem dan sebagainya,” ujar Hussamuddin.

Ditanya mengapa Alaf 21 meletakkan harga yang rendah kepada Tarantella Pictures, Hussamuddin memberitahu ketika urusan pembelian hakcipta Ombak Rindu dilakukan pada tahun 2009, memang tidak ada mana-mana pihak yang mahu membeli sebuah karya novel dengan harga yang tinggi. Tarantella adalah pihak pertama yang datang kepada Alaf 21.

“Bagi kami harga yang ditawarkan tidak menjadi masalah kerana kami faham mereka juga perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk menerbitkan sebuah filem. Macam yang saya katakan tadi, kami bersetuju dengan harga itu kerana kami percaya ia akan membantu jualan novel seandainya filem ini mendapat sambutan hangat. Ini terbukti dengan situasi terkini. 20,000 naskah cetakan terbaru telah pun habis dijual. Dengan penjelasan ini, saya harap Fauziah dan pihak-pihak di luar sana faham dengan situasi sebenar. Kalau Fauziah masih tidak yakin dengan jumlah jualan yang kami umumkan, dia boleh datang buat audit. Saya tidak kisah kerana kami mengamalkan perniagaan yang telus dan terbuka,” ulas Hussamuddin lagi.

Dalam masa yang sama, Hussamuddin juga menafikan Alaf 21 akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Fauziah.  Bahkan, Alaf 21 juga tidak akan menganaktirikan Fauziah.  Jelas beliau, Fauziah masih boleh menghantar karyanya seperti sebelum ini. Bagaimanapun, beliau mengharapkan Fauziah memahami situasi sebenar dan tidak terus-terusan mengeluarkan kenyataan tidak berasas.

Zizan Sebak Tengok Jue Menangis



“Saya menangis sebab Jue antara rakan yang paling rapat dengan saya.” Begitulah jawapan pengacara, pelakon serta pelawak, Zizan Razak ketika diajukan soalan mengapa dia menangis semasa menghantar pelakon cantik, Juliana Evans di KLIA, minggu lalu.

“Sedih la bila orang yang rapat dengan kita tak ada. Mula-mula saya tahan, tapi bila tengok kawan-kawan dia menangis, ‘aura’ sedih tu pun datang. Kemudian, bila tengok dia juga menangis, saya pun mula menangis. Habislah titis air mata seorang pelawak,” ujar Zizan ketika ditemui pada sidang akhbar ‘Lawak Ke, Der?’ di Istana Budaya, petang semalam.

4 Januari lalu, Jue telah berangkat ke Amerika Syarikat bagi melanjutkan pelajaran peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan komunikasi massa di Universiti Michigan. Walaupun pasangan dalam filem Hantu Bonceng dan Mael Lambong ini dilihat mesra sehingga pernah digosipkan bercinta sebelum ini, namun Zizan tetap memberitahu yang mereka berdua hanyalah sekadar teman rapat.

“Sejujurnya, saya memang tak pernah rasa macam ini. Saya memang ramai kawan perempuan tapi Jue antara yang paling rapat dengan saya. Saya selesa dengan dia sebab kami satu kepala. Malah, masa hantar Jue, saya rasa ia satu peluang yang baik kerana ini kali pertama saya dapat jumpa dengan ibunya.”

Apabila ditanya apakah pesanan yang diberikan kepada Jue ketika kali terakhir bertemu dengan Jue, jejaka berusia 28 tahun ini memberitahu, “Jue sanggup berjimat dengan mengumpul duit berlakon selama 2 tahun untuk menyambung pelajarannya.

“Jadi, saya pesan kepada dia suruh belajar bersungguh-sungguh dan jangan sia-siakan peluang yang dia impikan selama ini. Jue juga ada berpesan kepada saya agar jaga diri dan dia tak nak dengar benda buruk pasal saya sepanjang dia tak ada di sini.”

Walaupun Sakit, Aaron Tetap Pergi Ke Set Penggambaran


Sebentar tadi, aktor popular, Aaron Aziz melalui laman Twitternya memberitahu sudah dibenarkan keluar dari hospital. Aaron dimasukkan ke hospital semalam akibat mengalami kecederaan di bahagian bawah tulang belakang ketika menjalani penggambaran filem KL Gangster 2.


Pelakon kelahiran Singapura ini cedera sewaktu melakukan babak pelanggaran kereta di kawasan parkir, Abdullah Hukum. Walaupun belum pulih sepenuhnya, Aaron tetap gigih dan komited untuk menyambung semula penggambarannya yang merupakan hari terakhir pada hari ini.

Robot saingi Power Rangers




JIKA di negara ini, Pusat Sains Negara (PSN) sibuk menerima kedatangan pengunjung yang teringin melihat pameran robot Actroid seakan-akan manusia.
Di Jepun pula, Institut Penyelidikan
Hajime memenjalankan kajian membina robot setinggi empat meter.
Bagaimanapun penciptanya, Hajime Sakamoto sibuk memikirkan bagaimana rupa robot yang akan dicipta kelak.
Bagi menjayakan rekaan berkenaan, pihaknya sedang mencari penaja dan penyumbang untuk menjadikan robot gergasi satu realiti.
Persoalannya kini, robot berkenaan akan digunakan untuk apa? Adakah digunakan bagi mengangkut barang yang berat?
Jika robot setinggi empat meter berjaya direalisasikan, beliau akan membina pula robot lebih besar dan tinggi mungkin untuk menyaingi Power Rangers.
Mungkin Sakamoto mahu merealisasikan fiksyen sains dalam dunia nyata.